ULANG KESILAPAN


Hari ini hari perkahwinan bagi Pakatan Harapan.Pakatan Harapan di mulakan akad nya pada September 2015  bilamana Pakatan Rakyat di umumkan mati pada Jun 2015. Pakatan Rakyat yang dulu diterajui oleh orang orang hebat terbentuk pada 2008.

Hari ini semua yg hadir di "majlis perkahwinan" ini berkata jangan ulangi kesilapan yg di alami dlm Pakatan Rakyat. Kalau dah kesilapan siapa yg patut di sebut pesalah nya? Adakah Karpal Singh dan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz yang dah meninggal dunia? Adakah Anwar yang sedang dalam penjara? Atau Hadi yang dikatakan bertanggungjawab pada retak nya hubungan antara DAP dan PAS. Kenapa biarkan Lim Kit Siang diam tanpa mahu memikul hukuman salah?

Kalau benar salah, apakah jenis salah itu? Jika buku jingga itu janji Pakatan Rakyat, maka kesalahan yang paling besar ialah pembohongan yang paling hebat dalam politik negara ini. Mereka yang memperbodohkan rakyat perlu di hukum.

Apakah pakatan ini tidak cukup dengan PKR dan PAS saja? Percayakah mereka pada PAN yang penuh dgn muslihat dan rasa gelojoh. Kalau betul mahu jadi satu alternatif, daftar Pakatan Harapan sebagai parti dan lawan BN pada PRU 14.

Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment

WakeUp Malaya!

Helen Ang

AIDC news

Karim's Blog