MELAYU TIPU MELAYU



Nelayan kawasan Selatan Pulau Pinang menafikan dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna  Negeri, Datuk Abdul Malik Kassim yang mereka bersetuju  dengan rancangan projek penambakan laut di kawasan Batu Maung.





Sebaliknya wakil unit nelayan Gertak Sanggul, Nazri Ahmad menegaskan ‎dakwaan Abdul Malik bahawa hampir 90 peratus nelayan di kawasan perairan Teluk Kumbar sehingga Gertak Sanggul bersetuju dengan projek itu, adalah tidak benar sama sekali.


Ujarnya, majoriti nelayan tidak setuju dengan cadangan penambakan laut di kawasan Batu Maung berkenaan dan meminta kerajaan negeri mengkaji semula keputusan tersebut,

Ini kerana projek tersebut akan memberi kesan besar kepada kehidupan nelayan pantai yang bergantung hidup dengan hasil laut di perairan berkenaan.

Nazri mengesahkan sebelum ini Abdul Malik turut menghadiri satu perjumpaan bagi membincangkan isu berkaitan penambakan laut berkenaan, tetapi menafikan ‎mereka menyatakan sebarang persetujuan mengenai projek berkenaan.

Tegasnya lagi, Abdul Malik sepatutnya bertemu dengan semua wakil nelayan untuk mendapatkan maklumat sebenar mengenai jumlah nelayan yang menyokong projek penambakan laut.

Menurutnya, kehadiran nelayan dan wakil penduduk pada perjumpaan yang diadakan sebelum ini tidak mewakili pendirian keseluruhan nelayan di kawasan yang akan terjejas dengan projek tersebut.

Nazri berkata demikian pada sidang media di Batu Maung, pada isnin.



Baru-baru ini, Abdul Malik mendakwa  kumpulan nelayan tersebut menyatakan persetujuan mereka dalam beberapa sesi pertemuan dengan beliau bagi menerangkan cadangan projek itu dan manfaat yang bakal mereka nikmati.

Kenyataan Abdul Malik itu susulan tindakan sekumpulan nelayan dari kawasan selatan negeri itu mengadakan bantahan secara aman bagi mendesak kerajaan negeri Pulau Pinang mengkaji semula cadangan projek penambakan laut di kawasan mereka pada 13 disember lalu.

Dakwa mereka, projek tambahakan laut itu akan menjejaskan kira-kira 1500 nelayan dari 14 unit persatuan nelayan kawasan selatan yang bergantung hidup sebagai nelayan .




Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment

WakeUp Malaya!

Helen Ang

AIDC news

Karim's Blog