1) SIAPA MAJORITI PENDUDUK MALAYSIA?
Lebih dari separuh adalah orang melayu. Di mana mereka? 26% mereka di luar bandar dan ini mewakili 7.7 juta daripada 30 juta rakyat negara ini. Siapa di luar bandar? Melayu. UMNO adalah Melayu dan Melayunya berakar tunjang di luar bandar. Setiap kali pilihanraya luarbandar adalah kawasan kemenangan cemerlang UMNO. Bolehkah DAP bertapak di luar bandar? Jawabnya tidak.Melayu luar bandar tahu sejarah DAP yang terlalu kecinaan. Cara politik DAP juga tidak sama dengan budaya politik melayu luar bandar.Pilihan yang ada ialah DAP kena bertaut dengan parti Melayu. Dulunya berdakap dengan PAS yang memang ada pengaruh tapi kini berpaut dengan PAN yang belum pasti ada kesan nya kerana PAN hadir atas asas kecewa dan tidak ada trackrecord yg menyakinkan.Belum pun setahun jagung umur nya.Orang melayu masih ingat bahwa PAKATAN mahu talqinkan UMNO.Yang berlaku ialah pengumuman DAP bahawa PAKATAN RAKYAT telah mati.
2) HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU
Melayu luar bandar banyak kekurangan dan masih bergantung pada kerajaan. Hak subsidi dan keistimewaan masih relevan bagi mereka. Di Selangor contohnya, apa pun bantuan dan skim bantuan yang dianjurkan, yang dapat manfaatnya masih melayu. Hak ini adalah hak dari dulu yang tidak pernah di abaikan UMNO. Bila DAP mahu sisihkan hak ini, apakah orang melayu luar bandar akan setuju? DAP memang terkenal dari dulu prinsip mahu sama rata dan orang melayu dari dulu lagi pertahankan hak ini bukan kerana diskriminasi pada bangsa lain tapi berpegang kepada hak kelayakkan yang di jamin dalam perlembagaan dan hak inilah yang buatkan UMNO kekal relevan.
3) ISLAM CARA HIDUP
Orang Melayu berpegang pada agama.Bukan sekadar agama tapi mereka mahukan amalkan secara way of life.Mereka merujuk pada ajaran quran dan hadith. Huraikan saja konsep perlakuan ,dan ketawakan apa jua peradaban melayu, perlekehkan ayat allah, persoalkan kalimah allah , akhir nya orang melayu akan merujuk pada quran dan hadith. DAP telah meletakkan garisan untuk menentang HUDUD . Ini lah yg akan di tentang oleh Melayu luar bandar.Jika DAP gagal memahami ini maka PRU14 adalah sia sia bagi mereka menawan hati melayu luarbandar
4) SEJARAH DAN PEMIMPIN MELAYU
Orang Melayu luar bandar pegang pada pimpinan yang tersohor seperti Tengku Abdul Rahman, Munshi Abdullah, Mahathir, Anwar Ibrahim, Abdullah Ahmad Badawi, Hikayat Hang Tuah,Mat Kilau dan Najib.Mereka adalah bangsa yang terlalu sayangkan pimpinan yang menabur budi dan yang beri mereka rezeki.Apa yg ada pada DAP untuk di rujuk? Apakah orang Melayu boleh terima Mao tze tung? Lee Kuan Yew?Tancheng Lok? Budaya Melayu memang luas dan bergantungan pada nusantara dengan gagasan yg libatkan indonesia dari aspek keturunan seperti Najib dari Indonesia dan bagitu juga Zahid Hamidi.Bersediakah DAP untuk cabar tradisi ini?
5) BAHASA DAN BUDAYA MELAYU
Bagaimana hebat nya pertuturan campuran Inggeris Melayu atau Cina Melayu,melayu luarbandar tidak terhina kerana kurang ariff dalam bahasa inggeris. Jika mahu mendampingi mereka, komunikasi yg berkesan adalah pendekatan berhemah bersantun dan berbudi dengan pengamalan bahasa yg di anggap warisan.apakah dyna, zairil dan beberapa pemimpin muda DAP boleh mengamalkan aspirasi ini. Bayangkan mereka di luarbandar, gaya hidup mereka mudah. Mereka berkain pelikat dan berketayap serta naik basikal ke surau, dewan masyarakat dan kedai dan warong yg bumbung nya atap.Mereka di sini di kala zairil dan dyna di coffe bean.Mampukah dyna dan zairil mencorakkan kesederhanaan ini kerana mereka anak bandar dan anak yg moden gaya bicara dan laluan hidup.
KESIMPULAN
DAP akan kekal di bandar dan hanya di terima orang cina. Kerana itu jkuasa tertinggi mereka tidak mencerminkan sifat dan ciri luarbandar. Untuk DAP mendapat dokongan dari melayu, mereka perlu berhemah, tidak sombong,dan dilihat sebagai pemimpin yg baik.DAP menghentam PAS mungkin dapat sorakan di bandar tapi di luar bandar tingkah politik DAP adalah di anggap angkuh lebih lebih lagi apabila menolak hudud untuk kekalkan sokongan cina. Kini pelopor DAP seperti karpal sudah tiada. Anak anak nya tidak ada prestasi seperti bapa mereka. Bila nik aziz mati, PAS semakin memantapkan barisan kepimpinan di bawah ulama:PAN di anggap secara sinis sebagai serpihan dan balaci DAP.Anwar yg serba boleh kini d dalam penjara. Isteri nya hanya mampu merintih simpati dan anak nya bila berfoto dengan orang sulu di anggap pengkhinat negara. PKR masih d takok lama. Merintih untuk anwar di bebaskan. Sekarang DAP dalam masa tersingkat perlu buat ketetapan kerana PAS di lihat sudah ada koloberasi dengan UMNO: mereka mungkin tidak bergabung pada PRU14 tapi dalam politik malaysia jangan mudah nafikan PAS bergabung UMNO untuk PRU15
Tweet |
0 comments:
Post a Comment