TANGISAN POLITIK 2013 DAN 2015: MASIHKAH KITA INGAT?




1)DRAMA 2013 LIM KIT SIANG MENANGIS 

Mengapa DAP bersungguh-sungguh mahu menggunakan logo PAS dan bukan PKR seandainya DAP di gugurkan oleh ROS: Jawapannya mudah - yang pertama DAP mahu menunjukkan kononnya kerajaan melalui ROS berlaku zalim terhadap parti ultra kiasu itu, sekali gus DAP bakal memperoleh undi simpati daripada masyarakat Cina. Kedua, mengapa DAP memilih logo PAS dan bukan PKR? Jawapannya mudah, DAP hanya memerlukan undi para penta'asub PAS untuk memastikan sekurang-kurangnya mereka menang tipis. Dalam soal ini, hanya PAS sahaja yang mampu membekalkan sejumlah pengundi yang buta mata hati daripada memilih selain daripada parti mereka. Persoalannya benarkan ROS tidak mengizinkan DAP menggunakan logo mereka? Dan mengapa DAP berbohong kepada rakyat tentang perkara yang sebenarnya? 

“Bagi Semenanjung, DAP akan pakai PAS, dan Sabah Sarawak pakai PKR, jika RoS tak benarkan DAP guna lambang parti.” tegas Lim..“Tetapi, calon kami tetap DAP ... hanya lambang parti sahaja yang berbeza,” tambahnya.

REAKSI ROS DAN SPR      

ROS mengesahkan masih menjalankan kajian terhadap pendaftaran DAP berikutan pertikaian yang berlaku dalam kalangan ahli parti itu. Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, berdasarkan Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966, pihaknya tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu pada 15 Disember tahun lalu. "Kita telah memaklumkan kepada DAP tentang perkara ini dan siasatan berhubung pemilihan parti itu akan diteruskan. 

"Walau bagaimanapun, pendaftaran DAP tidak terbatal dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. .
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan bahawa DAP boleh menggunakan lambang roket untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Penggunaan lambang itu dibenarkan walaupun siasatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu masih berjalan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusoff berkata, siasatan itu sama sekali tidak akan memberi kesan kepada parti tersebut dalam meletakkan calon mereka untuk bertanding pada hari pengundian nanti. "Ia tidak akan memberi kesan kepada DAP kerana parti itu belum lagi digantung atau dibatalkan dan ROS memberi tempoh sebulan. "Jadi, DAP masih boleh menggunakan logo dan mengemukakan calon seperti biasa pada hari penamaan," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini

2) DRAMA 2015 WAKIL RAKYAT PKR MENANGIS DALAM DEWAN UNDANGAN NEGERI



Seorang wakil rakyat daripada PKR tidak dapat membendung kesedihan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila segala luahan yang dibawa untuk pembangunan rakyat di kawasannya tidak didengari kerajaan DAP Pulau Pinang.

Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti) berkata beliau sedih kerana luahan dan persoalannya berhubung pembangunan penduduk kawasan Penanti diabaikan.

"Saya buang masa hampir sejam menunggu jawapan, setiap hari saya tunggu jawapan, tetapi tak jawab, saya buang masa sejam...Seberang Jaya tak jawab, Batu Lanchang tak jawab.

"Kawasan saya kawasan kampung yang terpinggir, saya bawa suara orang kampung...yang mendengar suara saya Padang Kota saja," luahnya sambil menangis.

Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin daripada PKR adalah exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan manakala Adun Batu Lancang Danny Law Heng Kiang ialah exco Pembangunan Pelancongan dan Adun Padang Kota Chow Kon Yeow daripada DAP ialah exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir.

Dr Norlela berkata apa yang lebih menyedihkan ialah apakah yang perlu diberitahu kepada orang kampung setiap kali beliau pulang bertemu rakyat di kawasannya.

"Apa yang saya nak cakap dengan orang kampung bila balik, tanya pasal sungai jeti pun tak jawab," katanya.

Rintihan Norlela itu turut mendapat simpati daripada rakyat kerana ini realiti yang  dilalui oleh rakyat di bawah pemerintahan kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang.
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment

WakeUp Malaya!

Helen Ang

AIDC news

Karim's Blog