Perjuangan mesti ada agenda.Agenda mesti menggambarkan nasib anak bangsa dan kedaulatannya.Perjuangan yang berjaya banyak bergantung pada kata muafakat,Bukannya penderhakaan dan membelot di pertengahan jalan.Bagitulah hebatnya perjalanan menuju pembinaan suatu negara bangsa dan suatu ketamadunan.
Malaysia,hari ini punya cerita yang sama. Perjuangan untuk kemerdekaan menetapkan bahwa melayu dan islam mesti agenda utama. Ini dipersetujui oleh penjajah dan semua yang bermaustatin di Malaysia ketika itu.. Kita berjaya memaktubkannya. Raja raja kekal sepertimana sejarahnya.Ini di sebut keistimewaan yang di persetujui.
Bila merdeka, orang melayu sememangnya cukup mundur tapi orang cina sudah pun menjadi peniaga hebat dan mereka mendapat pula keistimewaan yakni kerakyatan. Ini merangsangkan mereka untuk tinggal di sini . Untuk india di ladang ladang ketika itu yang di bawa oleh British diberi hak kerakyatan.Melayu merasa selesa dengan urusan ini. Permulaan merdeka memang pun orang melayu dan bumiputra diberi keistimewaan tapi sedarkah mereka yang bukan melayu juga dapat keistimewaan?
Apakah keistimewaan bukan Melayu? Bukankah mereka diberi hampir sama dengan apa yang ada pada Melayu? Sehingga kini adakah kita tutup sekolah Cina? Sehingga kini orang India masih perlu sekolah India. Kenapa? Atas nama keistimewaan. Ya,begitu susur galur keistimewaan bukan Melayu.Apakah yang mahu di kecapi orang Melayu? Persaingan dalam ekonomi. Mereka mundur,mereka perlu di tingkatkan,Mereka mahu di negara mereka sendiri menjadi kaya. Salahkah?
Tapi hari ini orang Melayu takut untuk laksanakan hukum hudud bukan kerana takut bahadi tapi takut undi Cina dan India lari! Bukankah ini suatu keistimewaan yang ditambah kepada bukan melayu?Hari ini seorang Cina minta PM tolong campur tangan dalam Azan dan dia disokong oleh orang Melayu termasuklahlah wakil rakyatnya. Bukan kah ini suatu keistimewaan bukan Melayu menegur amalan Agama Islam! Hari ini orang bukan Melayu mahu sama rata dan sama rasa. Orang Melayu pun kata mereka akan bersedia bagi jika mereka dapat kuasa di Putrajaya. Bukankah ini suatu keistimewaan bukan Melayu. Karpal Singh gertak Nik Aziz dan Hadi.Maka Nik Aziz kata muafakat dengan DAP tetap dan selamanya.Bukan kah ini suatu keistimewaan bukan Melayu?Apa lagi keistimewaan yang mahu di miliki oleh bukan Melayu di negara ini?
Orang Melayu bukan nya tak sedar bahwa kuasa politik yang ada semakin terhakis kerana baik budi dan baik hati.Bukan itu saja,kuasa Melayu juga terancam kerana penentu kepada politik malaysia hari ini sudah di miliki oleh bukan Melayu.Ini keistimewaan yang amat baik. Bagi bukan Melayu mereka adalah penentu dan siapa yang mahukan cara mereka makanya mereka akan sokong,semakin kita berkecamuk semakin bukan melayu mendapat tempat kerana bukan melayu bukan nya seperti dulu lagi.
Siapa akan mendukung agama islam kalau melayu asyik hanya bertolak ansur sampai segala nya di katakan boleh dan tidak ada satu pun yang tak boleh.Bukan takut,tapi was was kuasa politik hilang,dan tak lagi dapat perintah.Setiap hari orang melayu melihat saja bagaimana bukan melayu meminta itu dan meminta ini.Orang melayu hanya angguk angguk dan beri isyarat setuju.Itu dia formula politik hari ini..Ia bukan lagi roh bukan lagi semangat tapi ianya ialah kerakusan kuasa.Kenapa kalau sudah di tahap ini masih ada bukan melayu menganggap melayu ini rasis dan menganggap melayu patut di hilangkan saja keistimewaan,kerana keistimewaan bukan melayu semakin meningkat.Apakah ini boleh diteruskan?Kita tanya mereka yang berjiwa melayu?
Tweet |
0 comments:
Post a Comment