1) 25 NOVEMBER 1999
Lim Guan Eng yang merupakan Timbalan Setiausaha Agung DAP berjanji mahu menghapuskan hak orang Melayu. Kenyataan nya berbunyi “Kami masih berpegang dengan pendirian, menolak kerajaan Islam kerana gagasan Malaysian Malaysia tidak akan memberi sebarang keistimewaan kepada mana-mana kaum, sebaliknya semua pihak akan mendapat taraf sama rata yang lebih adil”. Siapakah yang boleh memberi jaminan pada hari ini DAP sudah memansuhkan perjuangan Malaysian Malaysia yang menjadi teras perjuangan mereka sehingga kini?
2) 14 MAC 2008
Lim Guan Eng memasuki pejabat Ketua Menteri di KOMTAR dan beliau terus memansuhkan Dasar Ekonomi Baru di Pulau Pinang kerana menganggap DEB menjadi punca kronisme dan rasuah serta budaya tidak produktif di Malaysia.
3) 8 DISEMBER 2009
Nga Kor Ming mempersoal di Parlimen mengenai tindakan kerajaan membelanjakan RM748.26 juta untuk pembinaan masjid sebanyak 611 dari tahun 2000 hingga 2008. Adakah Nga ini tidak tahu ilmu matematik? Sudah pasti penganut agama yang majoriti memerlukan rumah ibadat yang lebih banyak berbanding agama lain. Atas perjuangan hak sama rata semua kaum, para pemimpin DAP konsisten mempertikaikan tindakan kerajaan yang memberikan peruntukan yang lebih kecil kepada agama selain daripada agama Islam bagi rumah ibadat mereka. Mereka sebenarnya pura-pura tidak sedar akan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan di dalam perlembagaan.
4) 1 JULAI 2010
16 belas buah rumah orang Melayu di Kampung Pokok Asam, Pulau Pinang dirobohkan untuk dibina kediaman berharga RM800,000 sebuah. Satu lot hanya diberi pampasan RM75,000 sahaja, sedangkan dalam satu lot rumah ada tiga buah keluarga. Sejumlah 200 orang menjadi mangsa. Selain itu, Kedai Do Re Mi dirobohkan, Kampung Binjai, Kampung Tengah dan Medan Ikan Bakar Gold Coast, Sungai Nibong dirobohkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Seterusnya, 80 orang peniaga di Batu Feringghi menerima notis untuk merobohkan premis perniagaan mereka sedangkan peniaga Cina begitu ramai berniaga di jalanan tidak pula mendapat sebarang tindakan.
Tweet |
0 comments:
Post a Comment