GODAM 1:
“PAS ini cakap tak serupa bikin. Ingatkan PAS dah tak akan laksana hudud apabila bersama Pakatan Rakyat. Tapi silap.”
PAS JAWAB :
Siapa yang beritahu PAS meninggalkan perjuangan Islamnya dan tidak lagi mengejar cita-cita melaksanakan hudud bila berada di Pakatan Rakyat (PR)? PAS tidak pernah berkata sedemikian.Persetujuan “setuju untuk tidak bersetuju”di fahami pemimpin tertinggi tapi yg keliru ialah rakyat
GODAM 2:
“PAS khianati PR sekali lagi selepas krisis menteri besar Selangor.”
PAS JAWAB :
Jika boleh di terima PKR boleh membuat apa sahaja atas persetujuan kerusi Menteri Besar adalah milik PKR, termasuk mengosongkan kerusi Kajang dan memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tanpa konsensus, mengapa tidak boleh menerima hak PAS melaksanakan hudud di Kelantan? PAS tidak memaksa sesiapa pun menerima hudud. Ada PAS meletakkan senapang di kepala DAP, PKR mahupun Umno untuk menerima hudud.
GODAM 3:
“PAS jatuh dalam perangkap Umno untuk pecahkan PR.”
PAS JAWAB :
Hudud ini bukanlah perkara baharu. PR (PAS dan DAP) bukan kali pertama bertengkar kerana hudud. Ini entah dah berapa kali dah, tapi tak pecah pun sebelum PRU 13.
Jika PAS terpisah dengan dasar partinya, PAS bukan lagi PAS. DAP dan PKR pun sama. Semua ada dasar sendiri yang perlu dipertahankan. Salahkah PAS terus istiqamah dengan perjuangannya?
GODAM 4:
“Umno harap hudud akan menyebabkan PR pecah.”
PAS JAWAB:
Umno masih tersilap kira kerana PR masih hidup seperti nyawa ikan di selangor. Namun, apakah Umno akan terus tersilap kira? Ini terpulang kepada kebijaksaan para pemimpin PR. Mungkin mereka akan menyebabkan Umno "terbetul" dalam perkiraan dalam masa terdekat
Tweet |
0 comments:
Post a Comment