Kalau berbual dengan penduduk Bahagian Utara Semenanjung, mereka lebih mudah faham perkataan Koyak Rabak, atau terlondeh. ini semua menuju kepada suatu maksud iaitu BERKECAI. Selepas berkecai maka berpatah aranglah. Bagitu jualah jalan ceritanya dengan PR yg sudah di kuburkan d penang dan dilahirkan pula pada 2015 PAKATAN HARAPAN.kita teliti ceritanya
CERITA 1
Kenapa DAP dan PAS macam anjing dengan kucing? Ini kerana pertentangan dua fahaman yang berbeza.Fahaman DAP ialah Malaysian Malaysia dan kemahuan untuk pinda perlembagaan sedia ada khusus kepada hak keistimewaan. Hak keistimewaan ini adalah pada orang bumiputera dan beberapa hak yang mendaulatkan institusi raja dan ISLAM.Manakala PAS berpegang kepada ISLAM mahu supaya bumi allah ini menyaksikan hukum allah yakni HUDUD. PAS kata kalau hukum ini tak diamalkan maka ianya tidak Islamik. PAS juga sangat taksub sehingga UMNO pun dikafirkan kerana tidak mampu untuk laksanakan HUDUD. Mendiang Karpal dalam kemarahan yang amat dahsyat terus melaungkan "over my dead body" jika PAS mahu atau berpeluang melaksanakan HUDUD.Kini PAS sah mahukan hudud.
CERITA 2
DSAI hadir dalam kegarangan PAS dan DAP. Melalui parti kroni dan anak beranak, PKR, DSAI di terima oleh PAS dan DAP sebagai parti yang mempunyai “magical stick” dalam merealisasikan mimpi mereka. Dia, apa peduli dengan Malaysian Malaysia atau Hudud. Bagi dia yang penting kuasa dulu,yang penting jawatan,yang perlu ialah gelaran Perdana Menteri dinobatkan pada beliau. Maka tepatlah kalau di katakan tidur sekatil mimpi lain lain. DSAI diberi posisi dan PAS dan DAP mulai ikut skrip PKR dan kesetiaan serta etika ini termuat dalam PAKATAN RAKYAT. Dengan semboyan ini, maka kempen kempen sejak pilihanraya umum 2008, 16 pilihanraya kecil, pilihanraya negeri Sarawak, PRU13 kelihatan etika dan permuafakatan ini berjalan dengan hemah. Namun sejak 2014 di sana sini mula nampak keretakan, ibarat kata orang retak mencari belah sudah ada kelibatnya sejak berlaku pilihanraya negeri Sarawak. PKR nampak tamak dan PAS dapat kerusi terkecil bilangan nya.
CERITA 3
Selepas 2013 masing masing parti ada sharenya untuk mereka berpeluang memerintah. PKR di negeri maju yakni Selangor, PAS di Kelantan dan DAP di Penang. PRESTASI pentadbiran mereka goyah dan kucar kacir. Bermula dengan krisis mereka lintang pukang.Krisis dengan istana, krisis air, krisis gulingkan MB selangor ,krisis maksiat, dan yang lebih menarik ialah Kelantan yang mundur tapi ada peningkatan dalam statistik pengidap AIDS.Di penang DAP sudah lupakan hal alam sekitar: Banjir, gondol bukit, roboh rumah warisan, tambak laut sudah jadi amalan tahun 2015. Mereka sisih adun PKR sampai menangis dlm dewan undangan rakyat dan mereka sudah mula naik minyak dan kpd siapa menentang mereka maka buruk padah nya.
CERITA 4
Masih segar dalam ingatan,kerana terlalu keghairahan dan berahi kuasa,DSAI di laporkan sudah terbabas. Dia balon Saiful dan sekarang di penjarakan.DSAI bersaorangan membiarkan isteri tersayang nya ke hulu hilir.Dalam pada kegahirahan ini, MAT SABU, PELAWAK PAN pula di pilih sebagai Presiden parti yg tak sampai setahun jagung:Dia pun di dakwa ada balon isteri orang, tapi parti lama nya,PAS pura pura lupa kerana PAS dalam kemabukan kuasa peduli apa hal itu. Mat Sabu belajar berderama waktu BERSIH 2, dia langgar kereta polis, tapi melolong kata polis langgar dia dan lutut dia masuk paku dan kena buat pembedahan, kemudian buat tuntutan bil dari bekalan air Penang.Lepas itu Mat Sabu ni belajar sejarah dari Hishamuddin Rais, seorang sosialis, lalu Mat Sabu pun sibuk kata komunis pejuang negara dan perlu di sanjung. Manoharan dari DAP pula satu lagi cerita, dia mahu ubah bendera Malaysia. Inilah gara gara semangat UBAH. Segala galanya ikut TEORI UBAH. Mat sabu kini di kendung oleh LKS kehulu kehilir: ada juga ahli DAP lain mula jeles.
AKHIR CERITA
- PKR makin sepi dan bakal berkecai kerana ia mengamalkan parti Sdn Bhd.
- DAP dengan kekuatan kecinaannya sudah patah arang sama PAS.Mereka menyesal cara hadi berpolitik.
- PAS akan kecundang dalam pilihanraya akan datang kerana kekalutan dan kecelaruan.
- Tentang DSAI biarlah dia rehat d sg buluh.SEKIAN.Ops! Mat Sabu bagaimana? Dia seperti biasa masih bertenaga buat lawak dengan teman teman PAN
Tweet |
0 comments:
Post a Comment