DAP Persenda Islam dan Berniat HendakMenghapus Islam dengan Lidah dan Perbuatan



Apa sahaja mereka lakukan, sama cara sindiran, pujian dan janji-janji indah, semuanya adalah kerana niat mereka hendak memadam (menghapuskan) cahaya agama (Islam). Walaupun mereka itu mengajak umat Islam bersatu, tapi itu cuma pada zahir sahaja, sedangkan niat mereka hendak memecah belah umat Islam dengan umat Islam yang lain.

Allah mendedahkan sikap dan hati mereka dalam al-Quran, firman Allah maksudnya: "Sesungguhnya orang yang berdosa, adalah mereka yang mentertawakan orang yang beriman. Dan apabila orang yang beriman lalu di hadapan mereka, mereka saling mengerdip-ngerdipkan matanya (isyarat menyindir orang Mukmin). Dan apabila orang yang berdosa itu kembali kepada kaumnya, mereka kembali dengan gembira. Dan apabila mereka melihat orang Mukmin, mereka mengatakan: Sesungguhnya mereka itu benar-benar orang yang sesat', padahal mereka(orang) yang berdosa itu tidak dikirim untuk (menjadi sebahagian) penjaga kepada orang Mukmin." (SurahMustaffifin [83]: 29-33).

Dalam ayat lain, Allah mendedahkan bahawa mereka hendak menghapuskan cahaya (ajaran Islam, firman Allah, maksudnya: "Mereka (musuh Islam) itu berkehendak memadamkan cahaya(agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya(agama Islam), walaupun orang kafir tidak menyukai. Dialah yang telah mengutuskan RasulNya (dengan membawa) petunjuk(al-Quran) dan agama (yang batil), walaupun orang musyrikin tidak menyukai." (Surah a-Taubah [9]: 32-33).

Demikianlah strategi DAP itu telah didedahkan oleh Allah dalam al-Quran dan ini sepatutnya diambil perhatian oleh umatIslam dan mencari jalan menghadapi mereka dengan cara yang baik tanpa kompromi, jangan sampai mengorbankan prinsipIslam dan melanggar hukum-hakam Islam.
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment

WakeUp Malaya!

Helen Ang

AIDC news

Karim's Blog