"Sori, Saya Ada Temujanji" (Dengan Miss P ke?)

KAH..KAH..KAH...Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng lari tak cukup tanah bila mahu di interview, wartawan duk marah & ada yang ketawa melihat respon anak kesayangan Lim Kit Siang itu yang mahu mendapatkan penjelasannya berhubung pembelian sebuah rumah banglo mewah di Jalan Pinhorn dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di tanah Taman Manggis.



Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu diasak wartawan ketika beliau cuba keluar dari Dewan Rakyat.

Beliau bagaimanapun berjalan laju menuju ke keretanya dan memberi alasan ada temujanji lain di luar.

“Saya ada temujanji, sila beri laluan kepada saya,” katanya sambil menuju ke keretanya dan terus beredar dari Parlimen.

Selain isu banglo mewah dan Taman Manggis, wartawan juga ingin mendapatkan maklum balas pemimpin itu mengenai ADUN Duyong dari DAP, Goh Leong San yang diisytihar keluar parti dan diumumkan sebagai wakil rakyat Bebas berkuat kuasa hari ini.

Ketua Menteri itu pada minggu lepas telah ingkar arahan Speaker Dewan agar tidak menganggu perbahasan sidang Parlimen.

Ahli Parlimen Bagai itu dilihat cuba menganggu Dewan selama satu jam ketika perbahasan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rahman Dahlan, yang mahu mendedahkan tentang skandal Kerajaan Negeri P.Pinang mengenai penyelewengan Taman Manggis.

Sejurus Guan Eng dihalau keluar dari Dewan, Rahman mendedahkan bahawa perbuatan menganggu perbahasan itu sengaja dilakukan pemimpin DAP itu agar boleh ‘terlepas’ daripada menjawab pendedahan mengenai Taman Manggis
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment

WakeUp Malaya!

Helen Ang

AIDC news

Karim's Blog