1. SARANAN PELAN 1: Komitmen penuh dan segera oleh ketiga-tiga parti DAP, PKR, dan PAS di peringkat kebangsaan, negeri, dan bahagian untuk meningkatkan sokongan orang ramai sepanjang tempoh empat tahun mendatang terhadap usaha Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan dalam PRU14.
TERKINI: DAP bermusuh dengan PAS dan PAKATAN RAKYAT di kuburkan pada 2015: sekarang ada PAKATAN HARAPAN
2. SARANAN PELAN 2:Memastikan persempadan semula dilakukan seadil yang mungkin.
Buat kali pertama dalam sejarah, persempadanan semula akan melibatkan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Buat kali pertama juga dalam sejarah, Barisan Nasional tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen untuk membolehkan persempadanan semula dilakukan sekehendak hati mereka.
Pakatan perlu memastikan persempadanan semula dilakukan seadil yang mungkin dari segi pengagihan kerusi antara negeri-negeri agar selari dengan prinsip “satu orang, satu undi, satu nilai” dan pada masa yang sama mengakui keadaan unik Sabah dan Sarawak.
TERKINI: persempadanan semula berjaya di buat di ADUN SARAWAK dan sekarang sedang dalam proses di SABAH mengikut lunas perundangan.
3.SARANAN PELAN 3: Tonjolkan negeri Pakatan sebagai contoh betapa Pakatan mempunyai gaya pentadbiran yang berbeza daripada BN
Kerajaan negeri Pakatan mengambil pendekatan dan gaya pengurusan yang jauh berbeza daripada kerajaan BN yang memerintah sebelumnya, khususnya di Pulau Pinang dan Selangor. Ini adalah aset besar Pakatan. Bermula dari sekarang sehingga menjelang PRU14, Pakatan perlu meningkatkan lagi prestasi di negeri-negeri yang dikuasainya untuk menonjolkan lagi perbezaan antara kerajaan BN dan kerajaan Pakatan, selain untuk memberi bayangan kepada orang ramai tentang bentuk kerajaan persekutuan di bawah Pakatan.
TERKINI: di pulau pinang urustadbir mengenai alam sekitar menjadi isu besar bila ianya ancam pendapatan nelayan bila pulau pinang mahu teruskan dengan tambak laut,bukit bukit di gondolkan untuk projek mewah, katanya terowong dasar laut yang ada TOL mahu di buat.Yang jadi isu ialah pembaziran dari segi perbelanjaan laluan basikal yang menelan belanja berjuta ringgit:di selangor pula masih menjadi misteri tentang wang derma 1.8 B dan ada yang kata azmin akan gunakan wang ini untuk pilihanraya di sarawak,sebab itu PKR bernafsu besar mahu bertanding di semua 82 kerusi:perlantikan ahli majlis PBT juga menjadi kontroversi bila PKR iktiraf PAN untuk terlibat dalam pentadbiran selangor sedangkan PAS di anggap musuh ketat DAP.di kelantan banyak projek terbantut kerana dana yang kurang dan tidak dapat bantuan dari penang dan selangor: sambil itu rafizi juga di lihat bersama dengan PAN dalam ceramah di kelantan:kerajaan kelantan bagitu tersinggung dengan perbuatan tidak hormati kerajaan PAS di kelantan sedangkan di penang DAP telah lama istiharkan PAS telah mati bersama dengan pakatan rakyat.
4.SARANAN PELAN 4: Berikan penekanan kepada kawasan luar bandar
Tidak dapat disangkal bahawa Pakatan telah mendapat undi besar di kawasan bandar dalam PRU13. Kekuatan BN/kelemahan Pakatan di kawasan luar bandar telah membolehkan BN kekal berkuasa. Untuk itu, Pakatan perlu mempunyai strategi yang mantap untuk menembusi kawasan luar bandar, khususnya kawasan/kerusi marginal BN.
Pengundi luar bandar hanya akan menyokong Pakatan dan menolak BN jika mereka merasakan kesan buruk kerajaan BN terhadap saku mereka sendiri. Ini perlu menjadi salah satu strategi utama Pakatan untuk menjangkau kawasan luar bandar.
TERKINI: DAP terkejut besar bila kajian oleh satu institusi di selangor mendapati Rakyat di luarbandar menolak DAP kerana DAP adalah parti anti islam,dan anti melayu. DAP tahu bahwa bila dia terlalu kecinaan mahu ianya telah mengukuhkan UMNO di kawasan kubukuat UMNO di kawasan luarbandar:kini PAS telah di anggap musuh dan DAP hanya bergantung kepada PAN: pemimpin PAN dalam jawatankuasa nya di lihat tidak punya track rekod dalam kemenangan bagi PRU 13: dari 29 ahli jawatankuasa tertingginya hanya 10 saja yang jadi wakil rakyat di peringkat negeri dan parlimen.
5.SARANAN PELAN 5. Strategi bertumpuan di Sabah dan Sarawak
Pakatan berdepan dengan cabaran berbeza di Sabah dan Sarawak, maka pendekatan yang berbeza perlu digunakan untuk kedua-dua negeri ini.
Majoriti pengundi telah menunjukkan bahawa mereka menganggap Pakatan lebih boleh diharapkan sebagai alternatif bagi BN berbanding parti-parti tempatan, namun parti-parti ini masih boleh bertindak sebagai ‘pengganggu’ dan menarik sejumlah undi untuk menggagalkan usaha Pakatan memenangi sebahagian kerusi berkenaan.
Pakatan perlu mencari jalan lebih baik untuk bekerjasama dengan sebahagian parti tempatan terbabit, sekurang-kurangnya untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru, khususnya untuk kerusi marginal BN.
Dari segi program luar bandar, kempen Impian Sarawak dan Impian Sabah yang baru dilancarkan akan membawa masuk beberapa projek pembangunan kecil di kawasan luar bandar. Ini boleh digunakan sebagai contoh untuk Pakatan menyusun strategi luar bandar. Jika berjaya, projek-projek terbabit perlu dilaksanakan di sebanyak-banyak kawasan yang mungkin, khususnya di kawasan/kerusi marginal BN.
Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11 akan datang akan menjadi medan terbaik untuk menguji keberkesanan strategi yang bertumpu kepada Sarawak.
TERKINI:Di beritakan PRN sarawak ke 11 jadual pada april 2016:PAS bersedia untuk bertembung dengan DAP dan PKR pula sudah mahu 82 kerusi dan DAP juga mahu pertambahan kerusi: PAN juga tidak mahu kelihatan ketinggalan: mereka semua tahu bahwa ketua menteri sekarang cukup popular dan di terima rakyat sabah: PKR juga celupar dan membuatkan orang sarawak marah bila saifuddin anggap ketua menteri "penyapu baru".dulu PAS telah di ajar oleh penduduk sarawak kerana "cawat" kini hanya yang belum celupar ialah PAN tapi bila tengok pada presiden nya yang suka ketawa besar mungkin juga PAN akan cederakan perasaan orang sarawak tidak lama lagi bila musim kempen bermula.
Tweet |
0 comments:
Post a Comment