PAS SUKAHATI BILA DAP KAJI KEPUTUSAN PILIHANRAYA 1999


1) Pilihan raya ini melihat Barisan Nasional dikembalikan untuk membentuk kerajaan Malaysia. Selain itu, BN juga memenangi semua pilihan raya negeri, kecuali Kelantan dan Terengganu.

2) PAS mencapai prestasi yang amat baik. Selain daripada mengekalkan negeri Kelantan, parti ini juga mengambil alih kerajaan Terengganu daripada BN. Kekuatan PAS di Parlimen bertambah dari hanya 7 kerusi pada tahun 1995 sehingga 27 kerusi, iaitu satu lompatan hampir empat kali ganda. Serupa juga pada peringkat negeri, kekuatannya bertambah hampir tiga kali ganda dari 33 kerusi sehingga 98 kerusi dalam pilihan raya ini. Berdasarkan keputusan ini, PAS mengambil alih kepimpinan pembangkang dalam Parlimen yang dipegang oleh Lim Kit Siangdaripada parti DAP.

3) Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 tidak begitu baik untuk parti DAP. Walaupun parti ini berjaya untuk mendapat lagi satu kerusi berbanding sembilan kerusi pada tahun 1995, iaitu satu kenaikan 11%, kedua-dua ahli kuatnya, iaitu Lim Kit Siang dan Karpal Singh ditewaskan.

4) Pilihan raya 1999 juga menunjukkan kemunculan PAS sebagai sebuah parti yang boleh mengumpulkan undi-undi Melayu. Bagaimanapun, sedangkan Islam jelas mempunyai daya tarikan yang kuat untuk orang ramai di kawasan tengah Melayu, sokongan PAS untuk sebuah rejim teokratik masih tidak dapat diterima oleh penduduk-penduduk bukan Melayu serta banyak orang Melayu moden. Oleh itu, sehingga PAS mengamalkan pendirian sekular, parti ini tidak boleh berharap untuk menjadi sebuah parti politik negara yang alternatif.


Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment

WakeUp Malaya!

Helen Ang

AIDC news

Karim's Blog