Belajarlah Berterima Kasih MCA: Dr Ridhuan Tee



(Sinar Harian, 9 Mei 2016)

Tidak semena-mena pemimpin ultra kiasu MCA begitu teruja dengan artikel saya minggu lalu. Kenyataan biadabnya mengatakan Perlembagaan Persekutuan rasis belumpun saya ulas. 

Sedarlah diri bahawa keberadaan MCA dalam kabinet, menjadi senator dan menjadi kaya raya adalah kerana undi ehsan orang Melayu. Berterimalah kepada Melayu. Jika tidak, berputih mata. Toleransi ini jarang dijumpai di dunia lain. 

Jangan hanya kerana beberapa perkara yang memberi keistimewaan kepada Islam, bangsa Melayu (Bumiputera), Raja Melayu dan bahasa Melayu, menjadikan ia gatal punggung. Pergilah cari konsep sama rata sama rasa di negara komunis China jika ada. 

Cakap siang pandang-pandang. Jika tidak setuju dengan Perlembagaan yang telah dipersetujui oleh nenek moyang kita semua, melalui kontrak sosial, maka boleh belah. MCA boleh bercakap banyak jika menang menentang ultra kiasu. Jika tidak, lebih baik diam, banyakkan kerja. 

Buatlah perbandingan dengan negara lain. Perlindungan terhadap bangsa majoriti atau penduduk asal tetap ada. Thailand melindungi Buddha, Bahasa Siam, dan Raja Siam. Britain melindungi Kristian, sehingga David Cameron mengisytiharkan Britain sebagai negara Kristian. 

Apakah Perlembagaan Malaysia buruk sehingga tidak ada kebebasan beragama, bersekolah, berbahasa dan lain-lain? Kebebasan apa lagi yang MCA mahu? Keputusan mahkamah baru-baru ini banyak merugikan Islam dan Melayu, kami tetap diam. 

Apakah rasis apabila orang Cina telah menguasai 70 peratus kekayaan negara ini? Apakah rasis apabila SJKC dibenarkan beroperasi 100 peratus kecinaan sehingga lebih Cina daripada China? Apakah rasis lambakan media cetak, media elektronik, NGO perkauman lebih banyak daripada orang Melayu itu sendiri? Pendek kata, apa yang Cina tidak dapat di negara ini? MCA lambung isu, DAP sambut, tekan dan desak. 

Saya tidak kata semua Cina terbela, saya akan tampil mereka mereka jika mereka tertindas, teraniaya dan dizalimi, kerana ia suruhan Islam, 

Pertama, sedarlah MCA dengan peruntukan Islam itulah yang menjadi Melayu lembut dan mudah dibentuk, sehingga terlentuk. Lambakan bukan Melayu di sini adalah disebabkan oleh hati Melayu yang telah dilentur oleh Islam. Bak kata Zahid Hamidi, kerana terlalu bertolak ansur maka Melayu ditolak secara beransur-ansur. 

Semakin faham Melayu terhadap agamanya Islam, semakin tinggilah toleransinya terhadap bukan Islam. Allah melarang sama sekali, kita membenci sesama manusia, yang menjadi semua makhluk ini adalah Allah, meskipun berbeza agama, kerana di situ ada tanggungjawab dakwah. 

Bayangkan jika Melayu terus jahil tentang agama sejak zaman penghijrahan dahulu. Apakah orang Melayu mahu menerima orang lain yang berhijrah dalam jumlah yang sangat bersar di tanah tumpah airnya? Kenapa tidak dihargai semua ini? 

Kedua, siapakah yang paling terkaya daripada 40 orang tersenarai. Hampir 30 adalah orang Cina. Melayu tidak sampai 10 orang. Apakah perlembagaan masih rasis? Cina sangat beruntung lagi, kerana Islam, toleransi Melayu menjadi tinggi. Kerana jahilnya orang Melayu dengan Islam, mereka sanggup digula-gulakan dengan rasuah dengan jawatan pengerusi yang dilantik dalam syarikat-syarikat besar mereka. Dengan rasuah yang diberikan, banyak projek-projek yang lulus walaupun tidak memenuhi syarat. Begitu juga dengan nama-nama syarikat, taman perumahan dan lain-lain yang langsung tidak mencerminkan jatidiri pun diluluskan. Apakah ia masih rasis?

Ketiga, berbekal kefahaman Islam ini, maka lambakan rumah ibadat bukan Islam tidak terkira banyaknya, hampir 500 ribu berbanding dengan masjid yang hanya ada 22 ribu sahaja. Di negara lain, rumah ibadat dirobohkan tanpa banyak bicara memberi laluan pembangunan. Di Malaysia jalan dan bangunan terpaksa dibengkokkan kerana terlalu menjaga agama orang lain, sehingga kelakar dan bahan ketawa. Apakah ia masih rasis?

Keempat, dalam politik, berapa banyak kerusi Melayu terpaksa dikorbankan untuk memberikan laluan kepada bukan Melayu. Kenapa negara kita yang begitu kecil, bilangan ahli kabinet begitu tinggi seramai 35 orang sehingga jadi bahan ketawa dunia. Negara sebesar China pun tidak begitu ramai menteri. Jawapannya, kerana mahu memuaskan hati dan memenuhi kuota semua kaum, walaupun amat minoriti. Sehingga orang Siam pun ada wakil senator. Begitu juga jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara terpaksa digilirkan. Mualaf tiada wakil pula. Namun, kami tetap bersyukur dan berterima kasih, kerana inilah ajaran Islam. 

Kelima, sebenarnya peruntukan Islam itulah yang memberikan perlindungan kepada bukan Islam. Dengan orang Islam menjadi baik, mereka akan menjaga orang bukan Islam dengan baik. Tidak akan masuk syurga pemimpin Islam jika menganiayai bukan Islam yang baik.

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa (Surah Al-Maidah: 8).

Sedarlah kamu wahai MCA sebelum orang Islam hilang sabar.
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment

WakeUp Malaya!

Helen Ang

AIDC news

Karim's Blog