PRN Sarawak 11: SPR Akan Bermesyuarat Di Kuching

Dewan Undangan Negeri Sarawak sudah dibubarkan pada 11 April 2016 yang lepas. Maka rakyat Sarawak akan diberi peluang memilih kepimpinan negeri buat kali ke 11. 

Lanjutan itu, beberapa tarikh penting dan menjadi tanda tanya hari ini akan terjawab menjelang petang atau malam 14 April nanti.

Barisan Nasional Sarawak nampaknya telah bersiap siaga untuk mempertahankan majoritinya di DUN Sarawak. Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dari semasa ke semasa telah mengumumkan barisan calon BN dan dijangka selesai mengumumkan semua 82 calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri menjelang hari penamaan yang ditetapkan SPR nanti.

Setakat ini hampir separuh senarai calon BN telah diumumkan oleh Adenan selaku Pengerusi BN negeri. Penerimaan terhadap calon juga nampaknya positif dan menampakkan beberapa muka baru yang berpotensi untuk menterjemahkan keremajaan BN terutama di negeri Sarawak.

Banyak kajian menunjukkan BN Sarawak akan dengan mudah mencapai kemenangan 2/3 dan harapan rakyat terhadap kepimpinan Adenan Satem telah memberi sumbangan positif terhadap sokongan rakyat terhadap BN Sarawak.

#SarawakMemilih
#SarawakVoice
#KamekSayangSarawak
#PRNSarawak
#PRN11Sarawak
#BNSarawak
Share on Google Plus

0 comments:

Post a Comment

WakeUp Malaya!

Helen Ang

AIDC news

Karim's Blog